Pengembara Antarabangsa Di Langkawi Dibenar Tinggal Hotel Sementara Tunggu Keputusan COVID-19

Pengembara yang membuat ujian saringan COVID-19 di Langkawi pada hari ketibaan di pulau tersebut menerusi Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dibenarkan untuk tinggal di hotel sementara menunggu keputusan ujian bagi mengelakkan berlakunya perhimpunan ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

pengembara antarabangsa di langkawi dibenar tinggal hotel sementara tunggu keputusan covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa mereka juga akan menerima pengawasan dan pemerhatian (HSO) secara digital melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain perlu menjalankan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RT-PCR sekurang-kurangnya 72 jam sebelum bertolak ke Malaysia dan pada hari ketibaan, pengembara di Langkawi ini juga perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan ujian jenis RTK-Ag pada hari ketiga dan hari kelima selepas ketibaan,” jelasnya.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan pengembara selain dari lapan negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara dibenarkan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi.

Lapan negara yang dimaksudkan membabitkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

 

Sumber: [1]