Pengasas Off-White, Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pereka fesyen ternama Virgil Abloh yang merupakan pengarah artistik untuk pakaian lelaki Loius Vuitton dan pengasas jenama fesyen Off-White meninggal dunia di usia 41 tahun akibat kanser.

pengasas off-white, virgil abloh meninggal dunia akibat kanser

Berita tersebut diumumkan oleh kumpulan LVMH (Louis Vuitton Moet Hennessy) dan label Off-White.

“Kami sangat terkejut apabila menerima berita sedih ini. Virgil bukan sahaja pereka fesyen tersohor, beliau juga seorang yang sangat baik dan berpandangan jauh,” kata pengerusi dan Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault dalam satu kenyataan.

Menurut keluarga Abloh, beliau disahkan menghidap cardiac angiosarcoma dua tahun lalu, barah di dalam jantung yang jarang berlaku.

Pada 2018, Abloh dilantik sebagai pengarah artistik berkulit hitam pertama dalam sejarah Louis Vuitton.

Sebelum itu, mendiang mengasaskan jenama fesyen Off-White pada 2013.

Perjalanan peribadi Abloh dalam dunia fesyen bermula dengannya belajar menjahit daripada ibu.

Berbekalkan kelulusan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan serta ijazah sarjana dalam bidang seni bina, mendiang pernah menjalani latihan praktikal bersama penyanyi rap Kanye West atau Ya di LVMH Fendi.

Perginya beliau meninggalkan isteri Shannon Abloh dan dua orang anak iaitu Lowe dan Grey.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN