Pengarah Filem Titanic Kata Pelakon DC & Marvel Berlakon Macam Budak Sekolah

Filem oleh Marvel dan DC yang mencatatkan kutipan tinggi setiap kali ditayangkan di seluruh dunia telah menerima komen pedas daripada pengarah tersohor, James Cameron.

pengarah filem titanic kata pelakon dc & marvel berlakon macam budak sekolah

Menurut James yang turut mengarahkan filem Titanic dan Avatar, pelakon-pelakon filem adiwira dari kedua-dua produksi telah gagal menghayati watak dengan baik.

 

Ujarnya lagi, kesemua karakter dalam filem adiwira itu berlakon seperti ‘budak sekolah’ dan katanya bukan begitu cara pembikinan sesebuah produksi.

 

“Saya juga mahu menghasilkan filem dengan teknik pengarah lain tidak lakukan.

“Apabila saya melihat filem luar biasa seperti ini, saya akan melihat Marvel dan DC sebagai penanda aras.

“Tidak kisah berapa lama watak itu pernah dilakonkan sebab semuanya berlakon macam budak sekolah,” sindirnya dalam satu wawancara baru-baru ini.

 

Beliau turut mempersoalkan bagaimana filem adiwira ini dihasilkan dan ditayangkan di pawagam seluruh negara.

pengarah filem titanic kata pelakon dc & marvel berlakon macam budak sekolah

“Nampak seperti ada hubungan, tetapi sebenarnya tidak. Ada babak mengenai kuasa, kasih sayang dan apakah tujuan semua itu? Sedangkan, kesemua watak tersebut tidak pernah mengalaminya dan saya rasa bukan itu caranya untuk menghasilkan filem,” katanya.

 

Dalam pada lain, pengarah ini turut berkongsi mengenai filem Avatar 2 yang akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia tidak lama lagi.

Untuk rekod, filem Avatar masih berada ditempat teratas dalam senarai kutipan paling tinggi di dunia, diikuti filem Avengers: Endgame, Titanic dan Star Wars: The Force Awakens.

 

Sumber: Utusan