Pengantin Lelaki Tular Kerana Pakai Alat Infusi Ketika Bernikah, Alasannya Cukup Mengharukan

Momen perkahwinan itu pastinya adalah saat bahagia yang ditunggu-tunggu setiap pasangan, dan adakalanya, terdapat air mata gembira yang dititiskan kerana penyatuan dua insan.

pengantin lelaki tular kerana pakai alat infusi ketika bernikah, alasannya cukup mengharukan

Turut tidak terkecuali daripada situasi tersebut ialah pasangan yang berasal dari Indonesia.

Pengantin perempuan yang bernama Fifi Lesmana itu memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya, @fifilesmana yang memperlihatkan momen perkahwinannya pada Februari 2020 lalu.

Dalam video tersebut, kelihatan tiub infusi tergantung pada pergelangan tangan suaminya.

Difahamkan tiga hari sebelum perkahwinan mereka, suami Fifi menderita demam denggi dan diharuskan menjalani rawatan intensif di hospital.

Ketika dihubungi media tempatan, Fifi mengatakan bahawa keadaan suaminya tidak bertambah baik tatkala hari perkahwinan mereka semakin hampir.

Kerana tidak mahu menunda, suaminya berkeputusan untuk meneruskan juga perkahwinan mereka.

“Jadi pada hari kejadian, keadaan suami saya tidak bertambah baik, bahkan plateletnya semakin rendah,” kata Fifi.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Fifi memberitahu bahawa dia tidak memaksa suaminya untuk berkahwin.

“Kerana saya tidak mahu memaksanya dan saya takut ia akan menjadi lebih buruk,” jelasnya.

Enggan mengambil risiko, sebelum menjalani upacara akad nikah, Fifi dan keluarga suaminya kemudian mengambil keputusan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu.

“Salah seorang keluarga suami meminta izin pihak hospital untuk mengadakan upacara di masjid hospital. Dan Alhamdulillah, izin diberikan,” kongsinya.

 

@fifilesmanaa

#throwback 23 feb 2020🥺

♬ original sound - Soto

 

Setelah mendapat kebenaran, upacara tersebut diadakan dengan disertai beberapa jururawat dan pegawai keselamatan.

Sebaik sahaja akad nikah, Fifi bergegas ke dewan lain bagi menjalani resepsi tanpa ditemani suaminya kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

“Selepas akad nikah, suami saya tinggal di hospital kerana keadaannya lemah dan merosot, sementara saya harus kembali ke dewan untuk mengadakan majlis resepsi kerana semuanya telah disiapkan dan tidak dapat ditunda,” jelasnya.

 

Sumber: [1]