Alahai, Pasangan Pengantin Berarak Ke Pelamin Dengan Lagu Doraemon!

Sering kali kita melihat pasangan pengantin baru berarak ke pelamin berlatar belakangkan alunan lagu-lagu romantik.

alahai, pasangan pengantin berarak ke pelamin dengan lagu doraemon!

Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin Indonesia ini yang tular kerana memilih untuk menggunakan lagu tema kartun popular Jepun, iaitu Doraemon bagi majlis tersebut!

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan seorang pemain saksofon dilihat berada di barisan hadapan pasangan pengantin sambil bermain alat muzik miliknya itu bagi mengiringi perjalanan mereka menuju ke pelamin.

Rata-ratanya, ramai tetamu yang menghadiri majlis tersebut kelihatan terhibur, lagi-lagi pengantin perempuan yang dilihat tersenyum gembira pada ketika itu.

@wee_chucks Pengantin unik, sangking seneng sama Doraemon, pas nikah pun minta kirab saxophone nya lagu Doraemon 😅😅 ... Kita mah apa kata penganten aja deeeh ... #saxplayer #saxophone #saxophoneplayer #altosaxophone #saxophonegig #saxophonist #saxophonebogor #wedding #weddinggig #gigwedding #weddingband #weddingbogor #gigweddingbogor #bandwedding #bandweddingbogor #weddingbandbogor #weddingvenue #venuewedding #weddingentrance #weddingentertainment #entertainment #vandorenv16 #mademouthpieces #seruni #seruniaudio #sem02 ♬ original sound - Adiwicaksana Inounu

Memetik laporan Wolipop yang menghubungi pengguna TikTok yang memuat naik video terbabit, lagu tersebut diminta untuk dimainkan oleh pasangan pengantin itu sendiri.

“Lagu pembukaan kartun Doraemon diminta oleh pasangan pengantin sendiri,” kata lelaki yang dikenali sebagai Wicak itu.

Menurut Wicak, dia berasa terkejut serta tidak menyangkakan perkara tersebut kerana selalunya kebanyakan pengantin ingin diiringi lagu romantik.

Bagaimanapun, dia tetap gembira melihat hasrat pasangan tersebut tercapai pada hari bersejarah mereka.

 

Sumber: Wolipop

ARTIKEL BERKAITAN