Pengabdi Setan 2 Lakar Sejarah, Kutip Hampir Sejuta Penonton Di Hari Pertama Tayangan!

Filem terbaru Pengabdi Setan 2, mencatatkan sejarah tersendiri selepas merekodkan jumlah penonton seramai 700,000 hanya pada hari pertama tayangan di negara tersebut.

pengabdi setan 2 catat sejarah, kutip hampir sejuta penonton di hari pertama tayangan!

Angka itu menjadikan Pengabdi Setan 2 sebagai filem seram dengan jumlah penonton tertinggi pada hari pertama di Indonesia.

Ia juga merupakan filem Indonesia dengan jumlah penonton kedua tertinggi pada hari pertama selepas Dilan 1991.

pengabdi setan 2 catat sejarah, kutip hampir sejuta penonton di hari pertama tayangan!

Berita itu dikongsikan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Joko Anwar menerusi satu hantaran di Instagram.

“Pengabdi Setan 2017 dulu hari pertama 97 ribu. Sekarang 700 ribu lebih. Kami hanya mampu mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada anda semua untuk doa dan dukungannya,” tulisnya, pada 5 Ogos lalu.

“Jalan masih panjang. Mudah-mudahan Pengabdi Setan 2 mampu menghiburkan Indonesia untuk satu waktu yang lama,” sambung beliau.

 

Sumber: Liputan6