Penduduk Washington Dah Tak Perlu Pakai Facemask Kecuali Tempat Tertentu

Mulai 22 November, penduduk Washington, Amerika Syarikat tidak lagi perlu memakai pelitup muka kecuali di tempat tertentu seperti pengangkutan awam dan sekolah.

 

Menurut jurucakap pihak berkuasa, perkara itu adalah kerana kadar jangkitan COVID-19 di ibu negara Amerika Syarikat (AS) semakin berkurangan.

 

"Bermula Isnin, 22 November, pihak berkuasa akan menarik balik peraturan pelitup muka dalam bangunan," umum Muriel Bowser di Twitter.

penduduk washington dah tak perlu pakai facemask tempat tertentu

Bagi perniagaan swasta, mereka boleh membuat peraturan sendiri dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kenderaan awam, perpustakaan, pusat penjagaan, penjara dan beberapa pejabat pihak berkuasa tempatan.

 

Bagaimanapun, panduan baharu itu dilihat bertentangan dengan piawaian ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). CDC juga menganggap ibu kota AS itu sebagai kawasan penularan komuniti COVID-19 yang tinggi dan mencadangkan agar orang ramai memakai pelitup muka ditempat awam dan tertutup,

penduduk washington dah tak perlu pakai facemask tempat tertentu

Pada akhir Julai lalu, arahan pemakaian pelitup muka diwajibkan untuk mereka yang lengkap divaksinasi atau tidak ketika lonjakan jangkitan yang dikaitkan dengan varian Delta. Ia termasuk juga pelaksanaan langkah ketat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

 

Sumber: [1]