Penduduk Switzerland Mungkin Dikenakan Penjara 3 Tahun Jika Guna ‘Heater’ Berlebihan

Kerajaan Switzerland kini dalam proses mempertimbangkan usul hukuman penjara hingga tiga tahun buat individu yang didapati memanaskan bilik pada suhu berlebihan.

penduduk switzerland mungkin dikenakan penjara 3 tahun jika guna ‘heater’ berlebihan

Langkah tersebut merupakan inisiatif negara itu berikutan keperluan menjimatkan penggunaan gas akibat impak perang di Ukraine.

Memetik laporan sumber, suhu di dalam bangunan yang menggunakan alat pemanas berkuasa gas tidak boleh melebihi 19 darjah Celsius.

Menurut Jurucakap Jabatan Kewangan Persekutuan, Markus Sporndli, penduduk yang ingkar akan dikenakan  denda harian dari £26 (RM134.70).

Selain itu, syarikat-syarikat yang menggunakan gas melebihi kuota akan turut dikenakan hukuman.

Langkah-langkah itu termaktub dalam Undang-Undang Persekutuan berkenaan Bekalan Ekonomi Negara, yang dirujuk oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan (EAER).


Sumber: Kosmo