Penduduk Singapura Boleh Pilih Sendiri Jenis Vaksin COVID-19

Penduduk di negara jiran Malaysia iaitu Singapura akan dibenar untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang diterima, serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu.

penduduk singapura boleh pilih sendiri jenis vaksin covid-19

Memetik laporan dari Astro Awani, penduduk di negara itu boleh memilih sama ada mahu menggunakan vaksin jenis Moderna atau Pfizer-BioNTech.

penduduk singapura boleh pilih sendiri jenis vaksin covid-19

Daripada laporan media tempatan, suntikan vaksin Moderna diberikan di 11 daripada 38 pusat vaksinasi, manakala bakinya menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech.

 

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Singapura pada 16 April, sebanyak 40 pusat vaksinasi akan disediakan menjelang pertengahan April.

 

Vaksin Pfizer merupakan vaksin pertama yang diluluskan penggunaannya di Singapura, dengan ketibaan pertama vaksin berkenaan pada Disember tahun lalu.

 

Setakat 6 April lalu, seramai 1,131,658 penduduk negara itu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, dengan 535,864 yang melengkapkan dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama dan kedua sebanyak 1,667,522.

 

Sumber: Astro Awani