Penduduk di wilayah Quebec, Kanada akan dikenakan cukai kesihatan sekiranya tidak mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.
Ketika ini, wilayah Quebec sedang bergelut dengan peningkatan dalam kes COVID-19, yang mencatatkan angka kematian tertinggi di Kanada.
Disebabkan itu, Ketua Menteri Francois Legault mengumumkan bahawa mereka yang belum menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 perlu membayar cukai tambahan kepada wilayah tersebut.
“Jumlah cukai tersebut masih belum diputuskan, namun ia berkemungkinan satu nilai yang tinggi.
“Bagi saya, pada masa ini, persoalannya adalah mengenai keadilan terhadap 90 peratus populasi wilayah ini yang telah melaksanakan tanggungjawab divaksin,” katanya.
Menurut rekod, hanya 12.8 peratus penduduk Quebec yang tidak menerima vaksinasi, namun jumlah itu telah menyumbang kepada hampir separuh kes COVID-19 di hospital.
Sumber: [1]