Hampir Semua Penduduk Kampung Ini Jual Buah Pinggang Demi Makanan

Demi meneruskan kelangsungan hidup, penduduk di perkampungan berhampiran bandar Herat, dekat Kabul, Afghanistan sanggup menjual buah pinggang mereka, hingga kampung mendapat panggilan ‘kampung satu buah pinggang’.

hampir semua penduduk kampung ini jual buah pinggang demi makanan

Sejak kemelesetan ekonomi yang melanda negara itu, rakyat mereka terpaksa bergelut untuk membeli barangan keperluan penting demi meneruskan hidup dengan keluarga masing-masing.

 

Ia memaksa kebanyakkan penduduk di perkampungan ini menjual sebelah buah pinggang mereka pada pasaran gelap demi membayar hutang atau membeli makanan.

 

"Saya tidak mahu menjualnya, tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain. Saya lakukan demi anak-anak saya," kata seorang bapa, Nooruddin, 32, memberitahu Agence France Presse.

"Kini saya amat menyesal, saya tidak lagi boleh bekerja kerana sering jatuh sakit dan tidak boleh membuat kerja berat," tambahnya.

hampir semua penduduk kampung ini jual buah pinggang demi makanan

Aktiviti menjual organ manusia telah diharamkan dikebanyakkan negara, namun di Afghanistan ia tidak dapat dikawal selagi mendapat persetujuan antara penderma dan doktor.

 

Sumber: [1]