Penduduk Gaza Turut Raikan Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos

Sambutan 31 Ogos baru-baru ini telah diraikan dengan cukup meriah di seluruh negara.

 

Selain di Malaysia, sambutan 31 Ogos turut sama-sama diraikan di bumi Palestin oleh rakyat negara itu.

penduduk gaza turut raikan hari kebangsaan malaysia 31 ogos

Menerusi perkongsian Facebook Viva Palestina Malaysia, satu sambutan khas dibuat oleh penduduk Gaza bagi menunjukkan kasih sayang dan terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Palestin.

 

Dapat dilihat penduduk negara itu mengadakan satu maraton merdeka khas pada 31 Ogos lalu.

Selain itu, sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-65 di Gaza turut diadakan dan momen itu dikongsikan menerusi video oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

penduduk gaza turut raikan hari kebangsaan malaysia 31 ogos

Video berdurasi 32 saat itu memaparkan kemeriahan sambutan merdeka di bumi jajahan Israel itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

 

"Doakan Palestin juga merdeka," tulisnya.

 

Sumber: Facebook