Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi merupakan atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lalu, mengatasi atlet-atlet lain.
Menurut laporan, Messi memperoleh pendapatan keseluruhan AS$130 juta (RM569.8 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Mei 2022, mengatasi bintang bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo.
.
Ditempat kedua adalah bintang Los Angeles Lakers, LeBron James dengan perolehan pendapatan AS$121 juta (RM530.3 juta), sekaligus memecahkan rekod AS$96.5 juta (RM422.9 juta) untuk pemain NBA yang diciptanya tahun lalu.
Cristiano Ronaldo pula ditempat ketiga dengan perolehan pendapatan AS$115 juta (RM504 juta), diikuti pemain bola sepak Brazil, Neymar AS$95 juta (RM416.4 juta) dan juara NBA tiga kali, Stephen Curry AS$92.8 juta (RM406.7 juta) dari Golden State Warriors.
Menurut Forbes, pendapatan itu dikira termasuk angka pendapatan di lapangan dan luar lapangan seperti wang hadiah, gaji, bonus yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan, anggaran tawaran penajaan, yuran penampilan dan pendapatan pelesenan.
Sumber: [1]