Pendaki Sesat Abai Panggilan Dari Penyelamat Sebab Nombor Tak Dikenali

Ramai antara kita yang pastinya mengambil langkah mengabaikan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, kerana dikhuatiri adalah scammer dan lain-lain.

pendaki sesat abai panggilan dari penyelamat sebab nombor tak dikenali

Namun tindakan itu telah menjadi topik penting kepada sepasukan penyelamat Colorado khas buat mereka yang tersesat di kawasan pergunungan atau hutan.

 

Menurut Pasukan Mencari dan Menyelamat Lake County (LCSAR), mereka yang mendapati diri telah sesat dalam kawasan pergunungan atau hutan diingatkan untuk menjawab panggilan telefon meskipun pada nombor yang tidak dikenali.

 

Ia selepas insiden seorang pendaki yang gagal untuk pulang setelah melakukan pendakian di Gunung Elbert pada 18 Oktober lalu.

pendaki sesat abai panggilan dari penyelamat sebab nombor tak dikenali

Pendaki itu bertolak pada jam 9 pagi namun tidak pulang ke pusat penginapan pada jam 8 malam hari yang sama, menyebabkan pasukan penyelamat dikerahkan untuk operasi mencari.

 

Pencarian berlanjutan hingga awal pagi dan bersambung keesokkan harinya. Namun pada jam 9.30 pagi, pasukan penyelamat dimaklumkan pendaki itu telah selamat pulang ke pusat penginapan.

 

Menurut pendaki itu, beliau tidak tahupun pasukan penyelamat sedang mencarinya dan mengakui ada menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

 

“Satu perkara yang boleh diambil perhatian adalah subjek tidak mengedahkan panggilan telefon kami kerana tidak kenal akan nombor tersebut.

“Sekiranya anda terlewat daripada tentatif jadual anda dan menerima beberapa panggilan telefon dari nombor tidak dikenali, tolong jawab panggilan tersebut, itu mungkin pasukan penyelamat yang ingin memastikan anda dalam keadaan selamat,” tulis LCSAR dalam satu hantaran di Facebook.

 

Sumber: [1]