Rakaman Pencuci Tingkap Bangunan 50 Tingkat Berdepan Detik Cemas Akibat Angin Kencang

Mencabarnya kerja mencuci bangunan pencakar langit ni.

Dua tukang cuci tingkap berdepan dengan situasi mencemaskan ketika melakukan kerja pembersihan di puncak Menara Devon, Oklahama, setinggi 50 tingkat apabila angin kencang menyebabkan platform di mana mereka berdiri berbuai dengan laju sehingga terkena bahagian kaca Menara tersebut.

Tengok ni.

Difahamkan, proses menyelamat oleh Jabatan Bomba Oklahama itu memakan masa dalam satu jam dan mereka berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap jabatan bomba, David Macy turut memaklumkan pihak penyelamat yang tiba di lokasi kejadian bertindak membaling tali kepada kedua-dua pekerja terbabit dalam usaha menstabilkan platform tersebut.

Pihak berkuasa turut menutup kawasan berhampiran bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tak diingini.