Peminat Risau Lihat Benjolan Pada Leher Jisoo BLACKPINK

Baru-baru ini tular foto yang menunjukkan kesan benjolan pada leher salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK, iaitu Jisoo.

peminat risau lihat benjolan pada leher jisoo blackpink

Kesan benjolan itu telah membuatkan ramai peminat berasa bimbang kalau-kalau itu adalah petanda kepada kanser limfoma.

 

Disebabkan itu juga, peminat telah menggesa pihak pengurusannya, YG Entertainment, menghantar penyanyi berkenaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan benjolan itu bukan kanser.

peminat risau lihat benjolan pada leher jisoo blackpink

Peminat juga berpendapat Jisoo dan ahli kumpulannya yang lain tidak mendapat rehat secukupnya disebabkan jadual mereka yang padat.

 

YG Entertainment dalam satu kenyataan berkata keadaan kesihatan Jisoo berada pada tahap yang baik dan meminta peminat tidak berasa bimbang mengenainya.

 

“Tiada sebarang masalah dengan kesihatan Jisoo, malah BLACKPINK kini sedang berada di Amerika bagi konsert Jelajah Born Pink,” ujar wakil agensi itu.

 

Selepas Amerika Syarikat, BLACKPINK akan meneruskan konsert jelajah mereka ke Eropah, Asia, dan Australia sehingga Jun 2023.

peminat risau lihat benjolan pada leher jisoo blackpink

Sumber: IDTV