Perbualan mengenai K-Pop terus menjadi topik yang dominan di Twitter.
Manakan tidak, populariti K-Pop terus meningkat dengan peminat dari serata dunia, dengan kebanyakan peminatnya di Twiiter dikatakan berasal dari Asia Pasifik hingga ke Amerika Selatan.
Tidak ketinggalan, negara seperti Peru dan Colombia turut bergabung dalam senarai 20 negara teratas bagi jumlah tweet terbanyak berdasarkan negara.
Baru-baru ini, Twitter melaporkan terdapat 7.5 bilion tweet berkenaan K-Pop yang dimuat naik di laman media sosial itu dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
Menurut senarai rasmi yang dikeluarkan Twitter, Indonesia berada di tangga pertama bagi negara yang mempunyai banyak peminat K-Pop di Twitter, diikuti Filipina, Thailand, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Malaysia pula berada di tangga kesembilan dalam senarai tersebut.
Tidak ketinggalan, Twitter juga mengumumkan 20 artis K-Pop teratas yang paling banyak dibincangkan di lamannya yang mana tiga tangga teratas senarai tersebut masing-masing diduduki BTS, NCT dan BLACKPINK.
Sumber: [1]