Pemilik Samseng Dicari Lepas Buang Air Merata Dan Bunuh Merpati

Pemilik kepada seekor kucing yang diberi nama ‘Samseng’ kini sedang dicari selepas kucing itu dikatakan sering membuang air merata tempat.

pemilik samseng dicari lepas buang air merata dan bunuh merpati

Menurut satu hantaran oleh pengguna Facebook Arma Gedon menerusi Sayang Our Singapore’s Community Cats, kucing berwarna hitam kuning itu dilihat telah pun di ‘tangkap’ atas kesalahan tertentu.

pemilik samseng dicari lepas buang air merata dan bunuh merpati

Menurut Gedon, Samseng adalah kucing yang dimandulkan dan juga kucing rumah. Ia dilihat sering berlegar-legar dalam blok, membuang air di koridor dan juga suka menangkap dan membunuh burung merpati.

pemilik samseng dicari lepas buang air merata dan bunuh merpati

Hantaran pemilik Facebook itu dalam pada lain meminta agar tuan empunya kucing berkenaan menyimpan kucing itu dalam rumah, atau “ia tidak akan pulang ke rumahnya” lagi selepas ini.

pemilik samseng dicari lepas buang air merata dan bunuh merpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan kucing bernama Samseng ini sambil menasihatkan semua. pemilik kucing untuk menjaga haiwan peliharaan sendiri dengan baik tanpa menyusahkan jiran tertangga.

 

Sumber: Facebook