Pembuat Keranda Jadi Jutawa Segera Selepas Meteorit Jatuh Dalam Beranda Rumah

pembuat keranda jadi jutawa segera selepas meteorit jatuh dalam beranda rumah

Siapa sangka seorang tukang keranda boleh menjadi jutawan segera. Begitulah yang berlaku pada seorang pembuat keranda di Indonesia, Josua Hutagalung, 33 selepas sebuah batu didakwa meteroit jatuh dalam rumahnya.

Menurut laporan, sebuah bongkah batu bersaiz bola sepak itu telah terhempas pada beranda rumahnya. Ketika itu dia sedang bertukang di hadapan rumahnya untuk menyiapkan tempahan.

“Saya sedang bertukang, menyiapkan tempahan keranda di depan rumah dan kemudian saya terdengar bunyi hentakan kuat yang turut menggegarkan rumah saya.

“Ia bagai ada sebuah pokok yang tumbang,” katanya.

Joshua bercerita, batu itu agak panas ketika mula-mula jatuh dan agak sukar untuk dialih. Lalu, dia dan isterinya mengambil cangkul untuk mengangkat batu itu.

Batu itu telah diperiksa oleh seorang pakar. Menurutnya, batu itu adalah meteroit yang berusia 4.5 billion tahun dan merupakan salah satu batu yang terhebat pernah ditemukan.

Mendengar akan keistimewaan batu tersebut, Josua telah menjual mineral tersebut kepada pengumpul selepas ditawarkan wang berjumlah RM7.6 juta. Perghhh rezeki!

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN