Pemakaian Pelitup Muka Mungkin Dilonggarkan Menjelang Jun - Pakar

Pemakaian pelitup muka disifatkan masih relevan dan prosedur operasi standard (SOP) masih wajar diwajibkan biarpun negara telah memasuki fasa peralihan endemik.

pemakaian pelitup muka mungkin dilonggarkan menjelang jun - pakar

Menurut Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, “Kalau kita dapat lihat jumlah kes harian menunjukkan penurunan yang signifikan bagi majoriti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Penurunan kes semuanya ke arah dua hingga tiga digit kecuali Selangor yang kita nampak masih bertungkus-lumus di angka empat digit.

“Selain itu, peratus vaksinasi juga telah menghampiri 100 peratus, dan ini juga merupakan data yang amat baik untuk menyokong kelonggaran daripada pemakaian pelitup muka. Kalau boleh lihat program vaksinasi kanak-kanak juga amat baik.

“Cuma beberapa perkara seperti pengambilan dos penggalak nampaknya kurang menggalakkan dan juga varian-varian dan sub-varian Omicron yang baru seperti varian XE yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Lanjut beliau, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah pun memberikan sembilan kelonggaran pemakaian pelitup muka termasuk aktiviti sukan dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Bagaimanapun, keputusan untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka, tegasnya tidak boleh dibuat hanya dengan melakukan perbandingan dengan negara-negara lain.

“Saya dimaklumkan India telah menarik kembali kelonggaran pelitup muka akibat ada gelombang baharu jangkitan. Ini yang pihak KKM perlu pandang serius untuk tidak tergopoh-gapah dalam memberi satu-satu kelonggaran.”


Sumber: [1]