Pemain Harimau Malaya, Akhyar Disahkan Positif COVID-19

Kem negara semakin tenat selepas pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mengesahkan bahawa pemain tulang belakang Harimau Malaya, Akhyar Rashid positif COVID-19.

pemain harimau malaya, akhyar disahkan positif covid-19

Menurut Cheng Hoe, langkahnya untuk tidak menyenaraikan Akhyar ketika skuad Harimau Malaya turut berdepan Laos adalah disebabkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu positif COVID-19 selepas melakukan ujian calitan pada pagi semalam.

Aksi kedua kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan petang semalam melihat skuad negara menang besar ke atas Laos dengan jaringan 4-0.

“Sudah tentu Akhyar beraksi baik ketika menentang Kemboja, tapi hasil ujian COVID-19 pagi ini (Khamis), dia positif (COVID-19) dan tak dapat beraksi bersama kami dan dia perlu direhatkan sebelum menyertai pasukan semula,” jelas Cheng Hoe.

Terdahulu, tiga pemain negara terpaksa diketepikan daripada berentap dalam Piala AFF 2020 menjadikan hanya 21 pemain daripada 21 yang dibawa ke kempen kali ini.

Ia berikutan Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim yang didapati positif COVID-19 selain Junior Eldstal yang mengalami kecederaan pada bahagian perut.

Cheng Hoe kininhanya tinggal 20 pemain bagi menghadapi saingan menentang Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Nasional Singapura pada Ahad ini.

 

Sumber: [1]