Pelakon drama fenomena, Oh Young Soo mencipta sejarah sebagai bintang Korea pertama yang berjaya memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Ahad.
![pemain 001 dalam squid game cipta sejarah menang anugerah golden globe](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/1438161.jpeg)
Oh Young Soo, 79, menang untuk wataknya Oh Il Nam atau lebih dikenali sebagai Pemain 001 dalam siri televisyen terbitan Netflix itu.
Kemenangan tersebut bermaksud beliau berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Brett Goldstein untuk wataknya dalam siri Ted Lasso, Billy Crudup dan Mark Duplass dalam The Morning Show dan Kieran Culkin dalam Succession.
Anugerah Golden Globe ke-79 diadakan tanpa pengacara, penonton dan sebarang penstriman langsung susulan boikot industri serta kontroversi melibatkan Hollywood Foreign Press Association.
Senarai pemenang diumumkan menerusi akaun rasmi media sosial Golden Globes.
Sumber: [1]