Pelukis Hasilkan Pelitup Muka Mengikut Wajah Sebenar Manusia

pelukis hasilkan pelitup muka mengikut wajah sebenar manusia

Sekarang ni pelitup muka atau face mask dah jadi satu aksesori wajib di seluruh dunia. Kalau tak pakai, boleh kena saman dan denda. Sebab itu lah ramai juga yang menggunakan peluang ini untuk menghasilkan face mask dengan cara tersendiri.

Seorang artis atau pelukis di Brazil telah menghasilkan pelitup muka yang lain daripada yang lain. Kalau orang lain buat face mask dengan corak, Jorge Roriz ni pula menghasilkan mask mengikut wajah sebenar si pemakai.

Menurutnya, beliau menghasilkan mask sedemikian untuk tidak mahu hilang identitinya sendiri. Beliau melukis pada bahagian bawah wajah manusia.

Beliau menceritakan lukisannya mendapat reaksi yang positif. Malah beliau menyifatkan seninya itu telah memberi kegembiraan dalam suasana yang tidak menentu sekarang ini.

Kalau korang nak pakai tak mask ni? Macam menarik je!

Sumber: Instagram Telegraph