Peluk Kuat Sangat Sampai Patah Rusuk, Wanita Saman Rakan Sekerja

Seorang wanita di China telah bertindak menyaman rakan sekerjanya gara-gara tindakan memeluk dengan kuat sehingga patah tulang rusuk.

peluk kuat sangat sampai patah rusuk, wanita saman rakan sekerja

Wanita yang berasal dari bandar Yueyang dekat daerah Hunan, China pada mulanya sedang berborak bersama beberapa rakan sekerja lain. Namun datang seorang rakan sekerja lelaki dan memeluknya dengan kuat.

 

Wanita itu menjerit kesakitan selepas dipeluk dengan kuat oleh lelaki terbabit. Pada awalnya dia merasakan kesakitan itu satu perkara biasa dan hanya menyapu minyak urut sebelum beliau tidur.

 

Beberapa hari kemudian, beliau merasakan kesakitan yang amat sangat dan akhirnya merujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

 

Hasil pemerhatian dari sinar-X mendapati tiga tulang rusuknya telah patah, menjadi punca kepada kesakitannya itu selama ini. Akibat daripada itu, beliau terpaksa berhenti kerja kerana tidak berupaya melakukan pekerjaan berat, menyebabkan dia hilang sumber pendapatan.

peluk kuat sangat sampai patah rusuk, wanita saman rakan sekerja

Disebabkan itu juga, wanita ini memfailkan saman menuntut rakan sekerja yang memeluknya sebelum ini untuk membayar segala ganti rugi. Bagaimanapun lelaki itu hanya diperintah untuk membayar 10,000 yuan (kira-kira RM 6,580.95) untuk kesalahan ini.

 

Sumber: Oddity Central

 

 

ARTIKEL BERKAITAN