Sekarang ni pelitup muka merupakan aksesori yang paling penting dan wajib dipakai ketika berada di tempat awam. Jika tak pakai dengan sempurna, maka korang boleh disaman sehingga RM 1,000.
Pelitup muka ni berfungsi untuk melindungi kita daripada dijangkiti virus. Jadi, kita perlu pastikan pelitup muka yang dipakai boleh menapis udara yang disedut dan dihembus. Maka, pilih lah pelitup muka yang benar-benar selamat.
Sekarang ni ada satu pelitup muka yang dikenali sebagai pelitup muka dengan injap. Banyak dah yang pakai pelitup muka ni.
Tapi, pelitup muka ni sebenarnya tak sesuai dengan keadaan sekarang. Menurut Public Health Malaysia, pelitup muka jenis ini hanya menapis udara yang disedut tapi tidak udara yang dihembus.
Risikonya adalah sekiranya seseorang iu penghidap dan pembawa virus covid maka hembusan nafasnya tidak akan ditapis. Jadi, dia akan memberi risiko kepada orang yang disekelilingnya.
Perkara ini juga sangatlah bertentangan dengan tujuan asal pelitup muka iaitu untuk melindungi diri dan melindungi orang awam.
Sumber: Public Health Malaysia