Canggih, Ini Dia Pelitup Muka Yang Boleh Bunuh Terus COVID-19

Sejak penularan wabak COVID-19, masyarakat telah dididik untuk mengenakan pelitup muka khasnya ketika berada di tempat awam bertujuan bagi mengurangkan risiko jangkitan daripada virus berkenaan.

canggih, ini dia pelitup muka yang boleh bunuh terus covid-19

Bagaimana pun, pelitup muka yang berada di pasaran tidak boleh menghapuskan terus virus COVID-19, berbeza dengan pelitup muka yang direka oleh sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat ini.

.

Pelitup muka jenis N95 baharu ini bukan sahaja dapat mengurangkan penyebaran COVID-19, malah boleh terus membunuh virus itu apabila ia dikesan alat berkenaan.

canggih, ini dia pelitup muka yang boleh bunuh terus covid-19

“Kami berpendapat ciptaan itu adalah langkah pertama ke arah peralatan perlindungan diri yang tahan lebih lama.

“Ia boleh membantu mengurangkan penghantaran patogen bawaan udara secara umum,” kata Edmund Palermo dari Institut Politeknik Rensselaer.

.

Pelitup muka itu dihasilkan daripada cantuman polimer antimikrobial spektrum luas pada penapis polipropilena yang digunakan dalam pelitup muka N95. Ia juga telah diterbitkan dalam jurnal Applied ACS Materials and Interfaces baru-baru ini.

.

Ciptaan ini sekaligus dapat memanjangkan tempoh pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sampah secara keseluruhannya.

.

Sumber: [1]