Mungkin tak ramai yang tahu bahawa dekat bawah laut pun ada gunung berapi yang aktif dan mengeluarkan lava seperti gunung berapi biasa.
Tapi, apa yang peliknya adalah para pengkaji pernah menemui hidupan jenis ikan jerung berhampiran dengan gunung berapi Kavachi. Pelik kan? Sepatunya, mana ada hidupan yang boleh hidup sekitar gunung berapi yang aktif.
Pengkaji menemui bukti tersebut sekitar tahun 2015 apabila mereka ternampak kelibat haiwan itu melalui satu video.
Kavachi pula merupakan salah satu volcano yang aktif di bawah laut di Lautan Pasifik. Kawasan volcano tu pula sangatlah panas, berasid dan berdebu. Jadi, sangatlah tak logik kalau ada hidupan yang mahu bertahan di kawasan itu.
Bagaimanapun, hidupan bawah laut ni tak boleh nak jangka sebab tak semua benda manusia mampu explore. Mungkin ini adalah salah satu rahsia lautan yang masih belum terjawab oleh sesiapa lagi.
Sumber: Youtube Ultimate Mysterious