Pelanggan Astro Kini Boleh Nikmati Lebih Banyak Seleksi Drama Hollywood, Korea & Tempatan!

Pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak siri dan filem Hollywood, Korea dan tempatan kegemaran mereka baik di Astro, On Demand dan Astro Go, sambil tinggal di rumah dengan selamat.

pelanggan astro kini boleh nikmati lebih banyak seleksi drama hollywood, korea & tempatan!

Untuk penggemar drama-drama Korea bolehlah menonton drama popular seperti Phenomenon, Penthouse 3 dan banyak lagi.

pelanggan astro kini boleh nikmati lebih banyak seleksi drama hollywood, korea & tempatan!

Tidak ketinggalan, siri drama Hollywood versi buatan semula seperti Gossip Girls dan Pretty Liar Liars. Turut membintangi Pretty Little Liars ialah pelakon popular dari Malaysia, Eyka Farhana bersama barisan bintang muda Indonesia seperti Yuki Kato, Anya Geraldine, Shindy Huang, Valeria Thomas dan ramai lagi.

pelanggan astro kini boleh nikmati lebih banyak seleksi drama hollywood, korea & tempatan!

Sementara Gossip Girls bersiaran setiap Khamis pada jam 5 petang di On Demand, Astro Go dan HBO Go; Pretty Liar Liars pula ditayangkan di Astro Citra setiap Isnin pada jam 9 malam.

Buat mereka yang menggemari drama tempatan, boleh juga meluangkan masa bersama keluarga menonton drama terbaru daripada Gempak Original Series, iaitu Ahli Bapak-Bapak Club yang dimeriahkan dengan celoteh pelakon-pelakon berbakat seperti Aiman Hakim Ridza, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Ahli Bapak-Bapak Club bersiaran setiap Rabu pada jam 9.30 malam di Astro Ria.

pelanggan astro kini boleh nikmati lebih banyak seleksi drama hollywood, korea & tempatan!

Selain itu, mereka yang merupakan peminat siri fiksyen sains juga boleh melayan siri Hollywood berjudul DC Legends of Tomorrow yang berdasarkan watak-watak DC Comics, yang dibintangi Caity Lotz, Nick Zano, Tala Ashe, Franz Drameh dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, juga filem televisyen dokumentari terbaru, Framing Britney Spears yang mengungkap secara mendalam mengenai kehidupan bintang pop legenda, Britney Spears yang bergelut dengan hak penjagaan oleh keluarganya.