Pelanggan Astro Kini Boleh Nikmati Lebih Banyak K-Drama!

Para pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak K-drama dan K-filem terhangat bermula Mei ini menerusi tvN (saluran 395 HD), KBS World (saluran 392 HD) dan tvN Movies (saluran 416 HD), selain strim episod-episod yang tersedia di On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa dan di mana jua.

pelanggan astro kini boleh nikmati lebih banyak k-drama!

Peminat K-drama boleh menyaksikan tayangan perdana termasuk drama romantik Eve bermula 26 Mei di tvN (saluran 395 HD), drama kekeluargaan Gold Mask bermula 30 Mei di KBS World (saluran 392 HD) dan We Are Breaking Up lakonan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong di On Demand dan Astro GO.

Turut tidak ketinggalan, pelbagai K-filem terbaru seperti Sinkhole dan Hard Hit serta A Year-End Medley di tvN Movies (saluran 416 HD).

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh layari content.astro.com.my.