Pelancong Di Jakarta Wajib Pakai Mask Waktu 'Selfie'

Berikutan industri pelancongan di Indonesia kembali membuka pintunya kepada orang ramai, Menteri Pelancongan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno turut menitipkan peringatan berjaga buat orang ramai agar kekal memakai topeng muka termasuk ketika mengambil selfie.

pelancong di jakarta wajib pakai mask waktu 'selfie'

Menurut Sandiaga, percubaan pembukaan semula ke atas 20 tempat pelancongan di wilayah yang dikategorikan bahawa Tahap 3 dan 2 Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Awam (PPKM) telah menunjukkan beberapa hasil positif.

Bagaimanapun, lanjutnya, tetap ada segelintir pelancong yang masih bertindak bebas terhadap beberapa protokol kesihatan, lagi-lagi yang berkaitan dengan selfie.

“Terutamanya ketika mengambil foto, ketika mereka mengambil gambar selfie, pelancong cenderung menanggalkan topeng muka mereka, biarpun setelah kami memberitahu mereka untuk tidak melakukannya,” jelasnya.

Susulan itu, beliau mendesak orang ramai untuk tetap memakai topeng muka mereka, termasuklah ketika melakukan lawatan ke tempat terbuka.

Dalam keadaan yang mana industri pelancongan di negara itu perlahan-lahan merancak kembali, beliau juga menegaskan bahawa penurunan kes COVID-19 tidak harus disertai dengan pelaksaan protokol kesihatan yang melonggar.

“Virus ini terus bermutasi, jangan biarkan tahap PPKM yang baik sekarang ditafsirkan sebagai kebebasan euforia,” kata Sandiaga.

 

Sumber: [1]