Pelancong Asing Boleh Kuarantin Di Resort, Sambil Berkuarantin Boleh Main Golf

pelancong asing boleh kuarantin di resort, sambil berkuarantin boleh main golf

Thailand sememangnya sebuah negara yang dikenali sebagai tempat pelancongan. Sebut sahaja Thailand, pasti ramai yang akan terkenang akan kecantikan pulau, makanan dan tempat-tempat sejarah yang unik.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia benar-benar melumpuhkan industri pelancongan negara Gajah Putih itu. Jadi, untuk bangkit kembali, Thailand telah menawarkan perkhidmatan kuarantin yang unik kepada pelancong luar.

Pihak kerajaan Thailand telah meluluskan beberapa resort golf untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Jadi, para pengunjung luar yang masuk ke Thailand dan perlu kuarantin, mereka boleh menjalankan tempoh tersebut di dalam resort tersebut.

Apa yang menariknya, para pengunjung boleh bermain golf dan bergerak bebas di dalam kawasan resort tersebut. Jadi, tak ada lah terperuk sahaja selama dua minggu di dalam bilik tu.

Kerajaan Thailand telah meluluskan tiga resort golf di Kanchanaburi dan selebihnya di Nakhon Nayok, Phetchaburi dan Chiang Mai.

Whoaaa! Menarik  juga idea ni kan

Sumber: Sinar Plus