Pelancaran Pertama Glutanex Di Malaysia Bersama Song Ji Hyo

Jenama produk kecantikan Korea, Glutanex baru-baru ini telah meraikan pelancaran di Malaysia bersama Duta Jenama dan juga artis terkenal kegemaran ramai, Song Ji hyo di Tropicana Gardens Mall. 

pelancaran pertama glutanex di malaysia bersama song ji hyo

Glutanex merupakan satu produk kecantikan dari Korea Selatan yang menggunakan ramuan utama iaitu ‘gluthatione’ atau antioksidan paling kuat yang boleh didapati untuk mencerahkan kulit, menentang penuaan dan menjaga kesejahteraan kulit. Dengan menyekat pembentukan melanin pada kulit, ‘glutathione’ ini akan menjadikan wajah lebih cerah dan cantik berseri. 

pelancaran pertama glutanex di malaysia bersama song ji hyo

“Kecantikan sejati adalah apabila anda rasa yakin dengan diri anda sendiri. Di Glutanex, misi kami adalah untuk memperkasakan anda supaya merasa yakin dengan kulit anda”, kata Hyun Yoo-Jin, Pengarah Perniagaan Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Pharma.Co.,LTD.

pelancaran pertama glutanex di malaysia bersama song ji hyo

Glutanex menawarkan pelbagai jenis produk yang boleh disesuaikan dengan keperluan kulit anda. Antara produk Glutanex adalah, Glutanex Glow Balm, Glutanex Aqua Booster, Glutanex Snow White Cream, Glutanex Night serum dan Glutanex Cica Cream. 

Kini peminat K-beauty boleh mendapatkan produk Glutanex yang sebelum ini hanya dijual di e-dagang, terus ke rak kedai farmasi runcit Malaysia. Bermula dengan gedung Watsons yang turut serta.