Pelakon Wanita Korea Selatan Berdepan Hukuman Penjara

Gara-gara membawa naik kepah gergasi dari dasar laut, seorang pelakon wanita Korea Selatan kini berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun di Thailand.

Menerusi rakaman program realiti popular Korea Selatan, jelas kelihatan Lee Yeol-eum, 23, membawa naik kepah gergasi dari dasar laut dan ia melanggar undang-undang Taman Negara dan Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar.

pelakon wanita korea selatan berdepan hukuman penjara

Hidupan marin itu tersenarai sebagai antara spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang Thailand.

Difahamkan, dua aduan telah difailkan ke atas aktres berkenaan dan ia tidak boleh ditarik balik biarpun pihak produksi telah mengemukakan permohonan maaf. Segalanya-galanya bergantung kepada pendakwa raya mahkamah sama ada aktres itu akan diburu atau kesnya akan digugurkan.

pelakon wanita korea selatan berdepan hukuman penjara

Sekiranya Lee Yeol-Eum didapati bersalah, dia akan dihukum penjara lima tahun di bawah undang-undang Taman Negara atau empat tahun jika didapati melanggar Undang-Undang Hidupan Liar Thailand. Namun, kedua-dua undang-undang tersebur memperuntukkkan denda sebanyak 20,000 baht (RM2,700).

pelakon wanita korea selatan berdepan hukuman penjara