Pelakon Taiwan, Barbie Hsu Akhirnya Temui Suami Baru Secara Berdepan Lepas Lebih 20 Tahun Terpisah!

Pemuzik Korea Selatan DJ Koo bersatu semula dengan bekas kekasih yang kini isteri barunya, pelakon Taiwan, Barbie Hsu, buat kali pertama selepas lebih dari 20 tahun.

pelakon taiwan, barbie hsu akhirnya temui suami baru secara berdepan lepas lebih 20 tahun terpisah!

Koo, atau nama sebenarnya Koo Jun Yup, ditemui oleh media Taiwan ketika meninggalkan hotel selepas selesai kuarantin sekitar tengah malam pada Ahad lalu.

Dia dilihat menaiki teksi bersama seorang lelaki berbaju putih yang mana teksi itu kemudian dikesan memasuki rumah agam Hsu, iaitu kira-kira 2km dari hotel tersebut.

Mengikut peraturan COVID-19 Taiwan, Koo perlu menghabiskan tujuh hari lagi untuk pengurusan kesihatan diri di rumahnya.

Ketika ditanya oleh media Taiwan, pengurus Hsu enggan mengulas apa yang dilakukan oleh pasangan itu apabila mereka bertemu secara peribadi buat kali pertama selepas sekian lama.

Terdahulu, Hsu, 45, dan Koo, 52, mengejutkan arena hiburan China pada 8 Mac lalu apabila mereka mengumumkan perkahwinan mengejut mereka di media sosial.

Mereka juga dilaporkan pernah bercinta secara rahsia selama setahun sebelum berpisah pada 1999.

Mereka bagaimanapun berhubung semula selepas Hsu bercerai dengan ahli perniagaan China, iaitu Wang Xiaofei, 40, pada November tahun lalu.

Pasangan pengantin baru itu mendaftarkan perkahwinan mereka di Korea Selatan, dengan Hsu mengisi dokumen yang berkaitan di Taiwan dan menghantarnya ke Koo di Korea Selatan.

Mereka merancang untuk memfailkan kertas kerja perkahwinan di Taiwan, dengan Koo terbang ke Taipei pada 9 Mac untuk memulakan kuarantinnya selama 10 hari.

 

Sumber: [1]