Bob McGrath, Pelakon Sesame Street Meninggal Dunia

Pelakon asal, program kanak-kanak ‘Sesame Street’ yang terkenal pada zaman dahulu Bob Mcgrath dilaporkan meninggal dunia di usia 90 tahun. 

Menurut laporan, berita ini telah disahkan sendiri oleh ahli keluarga serta Sesame Workshop di dalam satu kenyataan di media sosial pada Ahad lalu. 

Bob Mcgrath telah kekal bersama rancangan Sesame Street selama 47 tahun dan akhirnya bersara padal tahun 2017. 

McGrath telah meninggalkan seorang isteri, Ann Logan Sperry, lima anak dan juga cucu. 

Sumber: Awani