“Nampak Struggle,” Ini Pelakon Sebenar Watak Thing Si Tangan Tanpa Badan Dalam Siri Wednesday

Sudahkah anda menonton siri terbaharu dalam Netflix berjudul Wednesday?

 

Filem bergenre seram komedi supernatural Amerika ini adalah berdasarkan watak daripada The Addams Family yang dibintangi Jenna Ortega sebagai watak utama iaitu Wednesday Addam. Watak Thing, iaitu sepotong tangan tanpa badan adalah saudara kepada Wednesday yang dihantar oleh ibubapanya untuk mengawai Wednesday ketika di Nevermore Academy.

“nampak struggle,” ini pelakon sebenar watak thing si tangan tanpa badan dalam siri wednesday

Ketika ramai yang memikirkan Thing adalah grafik komputer CGI, rupanya ia adalah tangan sebenar manusia yang dilakonkan oleh pelakon bernama Victor Dorobantu.

“nampak struggle,” ini pelakon sebenar watak thing si tangan tanpa badan dalam siri wednesday

Menurut pengarah, Tim Burton, beliau pernah memberitahu bahawa beliau mahukan pelakon manusia sebenar bagi memainkan watak Thing.

 

Dorobantu yang membawa watak tersebut berkata ia bukanlah satu kerja yang mudah bagi menjayakan karakter tangan tanpa badan ini.

“nampak struggle,” ini pelakon sebenar watak thing si tangan tanpa badan dalam siri wednesday

“Ia bukan kerja mudah untuk menghasilkannya dari mula hingga habis.

“Cara ia (Thing) bercakap, amat sukar untuk mencari pergerakan yang dapat menunjukkan perasaan,” kata Dorobantu.

Malah, Jenna Ortega, iaitu pemain watak utama sebagai Wednesday juga selesa untuk berlakon bersama Dorobantu sebagai Thing dalam siri yang kini trending di platform Netflix ini.

“nampak struggle,” ini pelakon sebenar watak thing si tangan tanpa badan dalam siri wednesday

Melihat kepada dibalik tabir filem Wednesday, Dorobantu mengenakan set pakaian biru dan hanya membiarkan tangannya sahaja terakam dalam kamera. Teknik penyuntingan kemudian digunakan bagi menghasilkan watak tangan yang nampak realistik sebelum ia ditayangkan kepada umum.

 

Sumber: Hollywood Reporter