Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dalam Tragedi Halloween Itaewon

Seorang pelakon dan juga bekas peserta program survival popular Korea, Produce 101 musim kedua, Lee Jihan, 24, dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon.

pelakon korea dilapor meninggal dalam tragedi halloween itaewon

Memetik laporan, berita itu dikongsikan beberapa orang sahabatnya iaitu Park Hee Seok, Jo Jin Hyung dan Kim Do Hyun yang turut meluahkan kesedihan atas kehilangan pelakon ini.

 

Pemergian Lee Jihan juga turut disahkan oleh agensinya, 935 Entertainment.

 

“Memang benar Lee Jihan meninggal dunia semasa tragedi di Itaewon pada 29 Oktober. Kami berharap ia tidak benar, namun apabila mendengar berita itu, kami sangat terkejut.

“Kami juga sangat berhati-hati tentang perkara ini kerana keluarganya berada dalam kesedihan yang amat sangat. Kita titipkan doa buat mendiang,” jelas kenyataan tersebut.

pelakon korea dilapor meninggal dalam tragedi halloween itaewon

Untuk info, mendiang pernah menyertai rancangan Produce 101 musim kedua yang disiarkan pada tahun 2017 dan menduduki tempat ke #98. Jihan bagaimanapun tersingkir dalam pusingan pertama sebelum kembali aktif sebagai pelakon dan muncul dalam drama web siri berjudul Today Was Another Nam Hyun Day.

 

Tragedi Itaewon yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 141 orang terbunuh dan 156 lain cedera akibat rempuhan maut selepas sekumpulan besar penduduk menyambut pesta Halloween disini.

 

Sumber: Allkpop