Pelakon Jelita Taiwan, Barbie Hsu Kahwini Bekas Teman Lelaki Dari 20 Tahun Lepas

Pelakon Taiwan Barbie Hsu, 45, dilaporkan telah berkahwin semula, hanya tiga bulan selepas bercerai dengan ahli perniagaan China, Wang Xiaofei.

pelakon jelita taiwan, barbie hsu kahwini bekas teman lelaki dari 20 tahun lepas

Pasangan barunya itu ialah pemuzik Korea Selatan, DJ Koo atau Koo Jun Yup, 52, sebahagian daripada duo muzik Korea Selatan 1990-an, Clon yang popular pada zamannya.

Yang mengujakan orang ramai ialah, kedua-dua Hsu dan Koo pernah menjalinkan hubungan percintaan sekitar dua dekad lalu.

Menerusi entri di Instagram, Koo berkongsi bahawa dia kembali berhubung dengan pelakon jelita itu selepas mendengar tentang perceraiannya.

Tulisnya, “Kami sudah berkahwin. Untuk memiliki takdir sebegitu dengan kekasih sejak lebih 20 tahun lalu - ini adalah cinta yang kami berdua mahu hargai dan teruskan.

“Apabila saya mendengar berita perceraiannya, saya mencari nombornya sejak lebih 20 tahun lalu dan menghubunginya. Syukurlah, nombornya tidak berubah dan kami berhubung semula. Kami telah kehilangan terlalu banyak masa bersama jadi saya melamar untuk perkahwinan dan Barbie akhirnya bersetuju.

“Selepas mendaftarkan perkahwinan kami, kami akan hidup bersama. Saya berkahwin lewat dalam hidup dan saya berharap dapat menerima kasih sayang dan sokongan semua orang.”

Hsu yang turut terharu dengan perkahwinan barunya itu, menyiarkan semula mesej Koo di akaun media sosialnya dengan coretan yang berbunyi, “Hidup tidak menentu. Saya menghargai kebahagiaan yang saya miliki pada masa kini. Saya berterima kasih kepada semua yang telah membawa saya selangkah demi selangkah ke tahap saya sekarang.”

Pada November 2021, Hsu mengumumkan perceraiannya dengan Wang Xiaofei selepas lebih 10 tahun berkahwin.

Mereka mempunyai dua anak, seorang anak perempuan yang lahir pada 2014 dan seorang anak lelaki pada 2016.

Sementara itu, ini merupakan perkahwinan pertama bagi Koo.

Menurut laporan media Taiwan, Koo pernah menyatakan dalam ‘variety program’ di Korea Selatan pada 2010 dulu yang mereka bertemu di sebuah konsert di Taiwan.

Kedua-dua mereka dilaporkan mula bercinta secara rahsia pada 1998 tetapi berpisah selepas kira-kira setahun kerana pengurusan Koo membantah dia menjalinkan hubungan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN