Pelakon Jelita China Dikecam Sebab Jual Barang Terpakai Lagi Mahal Dari Harga Asal

Seorang pelakon China bernama Shen Mengchen mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet gara-gara menjual pakaian terpakai dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga asal.

pelakon jelita china dikecam sebab jual barang terpakai lagi mahal dari harga asal

Barang terpakai yang dijual Meng Chen itu dijual menerusi platform e-dagang.

Rata-ratanya, ramai warganet yang mempersoalkan keputusan pelakon berusia 32 tahun itu kerana kerana kebanyakan pakaian yang dijualnya kini boleh didapati dengan harga yang telah diletakkan diskaun selain pada kadar yang lebih murah.

Namun Meng Chen kemudian bertindak membalas pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa kesemua barang itu dibeli melalui ejen.

“Saya memilikinya selama dua musim sejuk dan seperti orang lain, saya juga tidak faham mengapa ia lebih mahal. Saya akan bertanya dengan kedai jika mereka mahu kembali pakaian terpakai yang telah dibeli supaya kita semua boleh mengetahui perkara sebenarnya,” jelasnya.

 

Sumber: [1]