Pelakon Hong Kong Ini Terkejut Lihat Trafik Sesak Di KL, “Tiga Kali Tidur Pun Belum Sampai,”

Pelakon Hong Kong, Louis Koo akui terkejut apabila melihat keadaan trafik di Kuala Lumpur yang disifatkannya sebagai sesak, sehingga boleh membuatkan dirinya ‘tidur tiga kali dalam kenderaan pun belum sampai ke destinasi’.

pelakon hong kong ini terkejut lihat trafik sesak di kl, “tiga kali tidur pun belum sampai,”

Menurut Koo yang ditemui media tempatan, keadaan trafik sangat sesak pada waktu puncak, namun akuinya ada kebaikkan iaitu memberi peluang dia berehat dalam kereta.

 

“Pada waktu puncak, trafik di Malaysia sangat sesak. Tapi ada bagusnya juga kerana ia memberi saya peluang berehat di dalam kereta. Saya boleh terlelap tiga kali, tapi masih belum juga tiba ke destinasi,” katanya.

pelakon hong kong ini terkejut lihat trafik sesak di kl, “tiga kali tidur pun belum sampai,”

Aktor berusia 52 tahun ini juga berseloroh mengatakan dia boleh turun dari kenderaan untuk menikmati wantan mi kegemarannya dan masuk kembali ke kereta namun masih berada di tempat yang sama.

 

Koo kini sedang berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Behind The Shadows, yang mana hampir keseluruhan babak dalam filem itu dibuat sekitar Kuala Lumpur.

 

Selain Koo, bintang lain dalam filem terbabit adalah seperti pelakon Taiwan, Liu Kuan Ting, aktres Hong Kong, Chrissie Chau dan juga aktres Malaysia, Yumi Wong.

 

Sumber: Gempak