Pelakon Boys Over Flowers, Kim Hyun Joong Bakal Tamatkan Zaman Bujang!

Penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan.

pelakon boys over flowers, kim hyun joong bakal tamatkan zaman bujang!

27 Februari lalu, TV Daily melaporkan bahawa Kim Hyun Joong akan mengikat tali pertunangan bersama seorang wanita bukan selebriti, yang mana mereka dikatakan telah berkawan baik dan sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Laporan tersebut menyebut bahawa pasangan itu bagaimanapun tidak merancang untuk mengadakan perkahwinan kerana pandemik.

Pada tarikh sama juga, Kim turut berkongsi berita itu dengan peminat sendiri menerusi konsertnya, ‘Words I Want to Say’.

“Saya tidak pasti bagaimana untuk mengatakan ini. Saya telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan seseorang yang telah berada di sisi saya ketika saya melalui masa yang paling sukar dan meletihkan,” katanya.

“Apabila saya merenungkan kehidupan yang saya jalani sehingga sekarang, saya telah menerima begitu banyak minat dan kasih sayang. Saya benar-benar berterima kasih kepada semua peminat kerana anda tinggal di sisi saya semasa hari-hari saya yang paling gelap dan paling sukar. Memandangkan kita boleh berjumpa secara peribadi dan bercakap seperti ini, saya rasa hari ini akan menjadi sangat bermakna. 

“Ia kerana kasih sayang dan sokongan anda semasa hari tergelap saya, saya berupaya mengambil keberanian dan memulakan separuh kedua hidup saya. Saya rasa saya akan menyesal sepanjang hidup saya jika saya hanya meluahkan diri saya melalui kata-kata, memikirkan kasih sayang dan sokongan tidak terhingga yang saya terima daripada peminat, jadi saya ingin mengambil peluang di konsert ini untuk berkongsi berita ini,” katanya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN