Power! Pelajar Sabah Ini Diiktiraf Antara Yang Terbaik Di Dunia

Seorang pelajar asal Sabah berjaya bergelar calon tunggal Malaysia dalam senarai calon 50 pelajar terbaik dunia.

power! pelajar sabah ini diiktiraf antara yang terbaik di dunia

Alesyah Asa, 20, yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Keningau, berjaya menjadi finalis bagi anugerah Global Student Prize 2022 atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, STEM, program pertukaran budaya dan hackathon.

“Syukur kepada Tuhan kerana diberikan kemudahan kepada saya untuk terus berjuang dan memperkenalkan Kolej Vokasional terutamanya sekarang di seluruh Malaysia bahawa Kolej Vokasional Keningau juga boleh,” katanya.

“Selama saya berada di Kolej Vokasional Keningau saya juga telah menyertai beberapa aktiviti kebangsaan dan antarabangsa dan yang paling saya bangga adalah saya telah menjadi seorang ketua salah satu yang mengikuti pertukaran pelajar di Korea Selatan.

“Selain itu juga saya menjadi duta Malaysia di Korea Selatan untuk mempelajari tentang kebudayaan dan cara teknologi di sana,” tambahnya.

Terdahulu, Alesyah bersama rakan pelajar wanita yang lain sebelum ini juga pernah dianugerahkan Community Innovation Winner di Global Media and Information Literacy Youth Hackathon anjuran bersama UNESCO dan Republik Korea.

Global Student Prize 2022 menawarkan hadiah sebanyak AS$100,000 (RM445,350) buat pelajar terbaik dari serata dunia yang telah menjalankan aktiviti berkaitan sains dan teknologi serta memberi impak kepada dunia pembelajaran global.


Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN