Pekerja Twitter Dibenarkan Kerja Dari Rumah Selama-lamanya

pekerja twitter dibenarkan kerja dari rumah selama-lamanya

Semenjak berlaku penularan wabak COVID-19 ni, banyak benda yang berubah. Antaranya adalah kehadiran di tempat kerja. COVID-19 menyedarkan para majikan bahawa kerja dari rumah pun boleh settle je kerja sebenarnya.

Sebab itu lah Twitter mengambil keputusan untuk membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah. Tapi tak semualah. Untuk beberapa pekerjaan yang perlu hadir ke pejabat seperti pengutus server, mereka masih lagi perlu menghadirikan diri.

Bukan Twitter sahaja, Facebook dan Google juga mengambil langkah yang sama. Menurut pegumuman dari CEO Facebook, Mark Zuckerberg, pekerja Facebook boleh melakukan kerja mereka daripada rumah masing-masing. Pejabat Facebook dijangka akan dibuka semula pada 6 Julai ini.

Google pula bakal memulakan operasi di anatara Jun atau Julai.  Namun, mereka tetap membenarkan sesetegah pekerjanya untuk melakukan kerja dari rumah masing-masing sehinggalah dibenarkan kembali ke pejabat.

Sumber: mothership.sg, buzzfeed