Pekerja Saman Majikan Sebab Bagi Kerja Membosankan Dan Menang Kes Tersebut

pekerja saman majikan sebab bagi kerja membosankan dan menang kes tersebut

Seorang pekerja telah menyaman majikannya dengan dakwaan majikan tersebut memberinya kerja yang membosankan sehingga dia tertekan dan berhenti kerja.

Frederic Desnard yang berusia 48 tahun itu merupakan bekas pengurus syarikat minyak wangi di Perancis. Beliau telah memenangi kes tersebut dan telah menerima pampasan sebanyak AS$45,000 (RM191,835).

Densard telah menjawat jawatan tersebut sehinggalah tahun 2015. Bagaimanapun, sudah empat tahun dia berjuang menuntut haknya.

Selain itu, dia juga mendakwa syarikat itu lah yang menyebabkannya menderita epilepsy dan kemurungan akibat memberi kerja yang membosankan.

Berdasarkan Mahkamah Rayuan Paris, Desnard layak menerima pampasan tersebut kerana dia menderita bore out yang secara teknikalnya bertentangan dengan burnout iaitu pekerja terlebih bekerja. Sebab tu lah mahkamah mengarahkan syarikat itu membayar 10% daripada tuntutan Desnard.

Uish, sampai macam ni sekali eh?

Sumber: Harian Metro