Pekerja Milenial Lebih Suka Terima Arahan Guna Email, Media Sosial

Golongan pekerja milenial yang berusia 40 tahun kebawah dilihat lebih gemar menerima arahan menggunakan email atau media sosial, berbanding panggilan telefon.

pekerja milenial lebih suka terima arahan guna email, media sosial

Kajian dibuat oleh Generation Z terhadap golongan pekerja berusia bawah 40 tahun dan mendapati responden lebih gemar teks mesej atau WhatsApp dalam menerima sebarang arahan kerja.

.

Majoriti responden juga lebih gemar menggunakan saluran komunikasi melalui email atau media sosial, berbanding dengan panggilan telefon yang menyebabkan mereka berasa lebih tertekan.

.

Kajian itu mendapati 78 peratus daripada responden kerap mengabaikan panggilan telefon yang tidak dikenali, satu dari sepuluh responden juga mahu mengelakkan perbualan bersemuka kerana bimbang buatkan mereka rasa gelisah.

.

Kaji selidik itu mendapati panggilan telefon boleh menyebabkan perbalahan dalam semua kelompok usia.

pekerja milenial lebih suka terima arahan guna email, media sosial

“Golongan pekerja lebih muda lebih gemar menerima mesej daripada bercakap melalui telefon.

“Ramai yang akan mengabaikan panggilan telefon dan lebih bersedia memberikan maklum balas melalui emel dan mesej di media sosial,” katanya.

.

Tinjauan sama juga mendapati sembilan daripada sepuluh pekerja mahu tempoh bekerja dalam seminggu dikurangkan kepada empat hari.

.

Sumber: [1]