Pek NJOI HD Terbaharu Tawarkan Pengalaman Tontonan Terhebat

Bermula 28 April 2021 ini, pelanggan NJOI berpeluang untuk menikmati pelbagai program kegemaran mereka dalam versi HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaru!

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

Menampilkan sebanyak 10 saluran HD, mereka yang berminat boleh melanggan pek tersebut pada harga langganan semurah RM15 selama 30 hari.

Sepuluh saluran yang dimaksudkan itu termasuklah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.

Sempena bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi pelbagai program popular seperti Jejak Ebit Lew, Hati Yang Dikhianati (Astro Prima) dan Geng Ngaji, SOP Jiwa (Astro Oasis).

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

Dalam pada itu, bagi pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar pula, mereka boleh menikmati program-program menarik lain dalam versi HD misalnya siri Astro Originals, Kampung Pisang Raya, Projek: Anchor SPM.

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

Tidak ketinggalan, termasuk juga drama Melayu terhebat seperti Rindu Awak Separuh Nyawa, berita-berita mutakhir di Awani 7.45 dan Evening Edition serta program-program antarabangsa seperti Beyond Evil, You Are My Hero dan Dil Se Dik Tak.

Untuk anak-anak kecil pula, mereka boleh menonton pelbagai kartun popular seperti Upin & Ipin, Didi & Friends, Ejen Ali dan banyak lagi.

Juga menarik, pelanggan NJOI turut boleh merasai pengalaman mudah untuk melakukan pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar selain melayari pilihan kandungan serta memilih seleksi pek yang disediakan menerusi aplikasi terbaru, My NJOI.

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

 

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

 

pek njoi hd terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

Aplikasi My NJOI menawarkan pengalaman ringkas dan cepat buat seleksi kandungan yang ditawarkan NJOI dalam versi katalog, yang mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat urusan tambah nilai kredit NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing tanpa mengira waktu mahupun tempat.

Pelanggan juga boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai program-program terbaru yang disiarkan selain mengetahui info tentang sebarang promosi yang ditawarkan.

Sekadar perkongsian, aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti iOS dan Andriod bermula 28 April 2021.

Dapatkan rebat atau diskaun menerusi tawaran kempen NJOI HD

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:

  • Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
  • Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di peruncit-peruncit terdekat NJOI.

 Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek.

Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my atau hantarkan mesej WhatsApp ke 03-9543 8100.

ARTIKEL BERKAITAN