Dianggap ‘Bintang’, Peguam Johnny Depp Kini Jadi Buruan Hollywood

Selepas berjaya dalam kes saman malu antara anak guamnya, Johnny Depp dengan aktres Amber Heard, peguam Camille Vasquez kini menjadi tumpuan ramai.

dianggap ‘bintang’, peguam johnny depp kini jadi buruan hollywood

Mana tidaknya, peguam Johnny Depp itu mendapat banyak tawaran dari Hollywood dan beliau kini sedang menimbang pilihan yang sedia ada.

.

"Ejen pencari bakat memburu Camille kerana mereka menyedari bahawa dia seorang wanita yang bijak dan prestasinya memberi impak semasa perbicaraan.

"Fakta bahawa dia seorang wanita bukan kulit putih pula adalah bonus," kata sumber kepada New York Post.

.

Perkara itu disokong seorang peguam selebriti, Judd Burstein yang sebelum ini pernah mewakili Nicki Minaj, yang percaya Vasquez sedang berada di landasan betul untuk menjadi rakan kongsi di firmanya sekarang, Brown Rudnick.

.

Beliau juga gembira dengan perkembangan itu dan percaya Vasquez adalah bintang dalam pembikinan.

.

"Teruja kerana ramai dapat melihat apa yang telah kami ketahui selama ini; Camille Vasquez ialah seorang bintang," kata firma itu dalam satu kenyataan.

.

Sumber: [1]