Pecinta Kucing! Ini Fakta Yang Korang Wajib Tahu Dan Ambil Tahu

pecinta kucing! ini fakta yang korang wajib tahu dan ambil tahu

Tahukah anda bahawa kucing boleh bermimpi sama seperti manusia. Kucing mempunyai 2 tahap tidur Rem (rapid eye movement stage) sleep dan non Rem sleep. Rem adalah dimana kucing tidur mati (deep sleep) dan tahap ini lah ia akan bermimpi.

Kucing merupakan haiwan yang sangat pembersih. Kucing tidak sukakan air kerana sukar untuk mengeringkan bulu mereka dan dikatakan air menanggalkan minyak dari bulu dan menyakitkan kulitnya. Kucing juga mudah berasa sejuk especially jika bulu mereka lembab dan sejuk.

Selain itu, kucing tidak boleh mengenal pasti warna seperti manusia kerana perbezaan retina mereka. Mereka juga tidak boleh melihat objek yang jauh tetapi mempunyai kelebihan melihat di dalam gelap berbanding manusia.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: themamamiaow