Pawagam Drive-In Pertama Di Malaysia Akan Wujud Tak Lama Lagi

pawagam drive-in pertama di malaysia akan wujud tak lama lagi

Perintah kawalan pergerakan membuatkan orang ramai terkesan dengan keadaan sekeliling termasuklah aktiviti dan perubahan cara hidup. Walaupun kini banyak yang diberi kelonggaran tetapi masih ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan seperti karaoke atau taman tema air.

Jangan risau, kini kerajaan merealisasikan impian rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menonton wayang dari dalam kereta seperti negara mat salleh. Dikatakan kerajaan bersetuju dan memberi ‘green light’ untuk melangsungkan pawagam ‘Drive-In pertama di Malaysia dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard. (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beberapa SOP yang harus dipatuhi seperti:

  1. Penjualan makanan dibuat secara dalam talian
  2. Proses mengambil makana dibuat secara pandu lalu (drive thru)
  3. Setiap pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing masing

Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang sudah memulakan konsep wayang drive in macam ni. Best jugakan? At the same time boleh jaga jarak social. Nantikan pawagam drive in pertama di Malayisa! Tak sabar rasanya!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah