Pawagam Dah Buka, SOP Jangan Lupa!

Hello, pencinta filem!

Ada ke yang dah serbu panggung wayang semalam? 

Akhirnyaaaa, setelah hampir 4 bulan lamanya tak masuk pawagam, mesti korang rindu nak tengok filem ramai-ramai dengan skrin besar sambil makan 'popcorn' kan.

pawagam dah buka, sop jangan lupa!

Oppss! Tapi suasana di pawagam kali ni berbeza la sikit, kena periksa suhu sebelum masuk, pakai 'hand sanitizer', duduk jarak-jarak mengikut SOP yang ditetapkan.

pawagam dah buka, sop jangan lupa!

Semalam, sis sempat la tengok filem apa yang ada dekat laman web GSC dan TGV, kebanyakannya tayangan semula filem sebelum ni tapi yang bestnya harga tiket serendah RM5 tau!

pawagam dah buka, sop jangan lupa!

Eh takde filem baru ke? Haa, bagi yang teringin nak tengok filem baru tu, sabar ye.

FINAS pun ada cakap yang pihaknya dan wakil pawagam dah berbincang untuk susun filem-filem yang sesuai untuk ditayangkan ketika ini.

pawagam dah buka, sop jangan lupa!

Kata CEO FINAS, Ahmad Idham ada lebih 20 filem tempatan yang tertangguh tayangannya disebabkan PKP tau.

Tapi semuanya perlu disusun dulu sebab ada penerbit yang mahu tayangkan filem mereka tahun depan sebab tak yakin dengan kehadiran penonton ke pawagam.

So, bagi masa untuk semua pihak sesuaikan diri dengan kebiasaan baru atau 'new normal' ni ye.

Kalau ada filem baru yang ditayangkan nanti, jangan lupa sokong tau!

Ingat, walaupun semua teruja nak masuk panggung wayang hari ni, amalkan SOP yang ditetapkan dengan baik, okay!

P/S: Selain panggung wayang, kolam renang dan spa pun dah dibuka semula semalam, boleh la rancang aktiviti kegemaran korang hujung minggu ni.

Oleh: Izzati Amir